Friday, December 25, 2009

Mengapa Mesti Video ....

Adakah anda tertanya-tanya penting ke video dalam majlis penikahan atau perkahwinan anda..... Ahhhh video tak penting yang penting adalah foto bukan video. Sebenarnya anda silap, cuba luaskan skop minda anda. Bayangkan setelah 5 tahun berlalu anda ingin melihat kembali sanak saudara yang ada dalam majlis kenduri perkahwinan anda. Suara Pak Long, Mak Ngah yang duk berleter masih kedengaran lagi. Mungkin ada antara mereka telah pun meninggalkan kita. Suara suami anda atau anda sendiri melafazkan ayat yang penuh bermakna, ayat yang memindahkan tanggungjawab seorang bapa terhadap anak perempuannya kepada seorang lelaki yang bakal menjaga anak perempuannya sepanjang hayat . Bagi seorang perempuan pula tiada saat yang terindah di dalam hidup melainkan saat terdengarnya lafaz ijab dan qabul. Aksi anda dan pasangan ketika mula-mula diijab kabul dirakam dengan 25 keping gambar sesaat (25fps). Airmata dan suara tangisan syukur bonda dan ayahanda semasa melihat anda diijabkabulkan turut terdapat dalam video majlis perkahwinan anada. Bagi penulis, foto dan video adalah sama penting dan tidak dapat dipisahkan.

No comments: