Saturday, December 26, 2009

Video & Foto - Keperluan Untuk Seiring

Article from Jek. One of creative videographer in Johor - www.jekvideo.com
date : 14 nov 08

Dalam mana-mana majlis perkahwinan, kepentingan jurufoto tidak dapat kita nafikan. Baik majlis perkahwinan dulu dulu, mahupun majlis perkahwinan terkini, kelibat jurufoto pasti kelihatan. Begitu juga, baik majlis kecil kecilan, mahupun sampai kepada majis yang besar, termasuk dibuat di hotel hotel mewah, sudah pasti jurufoto turut memainkan peranan utama.

Trend terkini album juga sudah jauh berubah. Pasangan Pengantin kini tanpa ragu ragu, sanggup membelanjakan beberapa ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan rakaman foto dan album yang cantik dan ingin dikenang sepanjang hayat.

Bagaimana pula dengan video? Sebenarnya ada yang berpendapat Video lebih penting dari foto. Ada pula yang berpendapat, video dan foto sama penting. Keperluan untuk video bergantung kepada perkara-perkara berikut, antaranya:-

1. Kesedaran
2. Budget
3. Konsep
4. Perkongsian

1. Kesedaran merupakan faktor utama seseorang pengantin sanggup mengambil juruvideo. Kesedaran ini bermaksud mereka sedar bahawa, hari bahagia ini hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Seboleh mungkin, mereka mahu mengenang kembali, semua insiden, babak, memori indah yang sedang berlalu dan berlaku dalam majlis mereka. Dalam video sahajalah, mereka dapat mendengar hilai tawa hadirin yagn hadir. Begitu juga ucapan ucapan dari ibu bapa / saudara mara yang diselitkan di dalamnya. Tidak cukup dengan itu, yang paling terpenting sekali, mestilah lafaz nikah pengantin lelaki tatkala beliau bersalam dengan tok imam. Video juga kerap menyelitkan gambar-gambar tenaga kerja yang telibat sepanjang majlis, termasuklah membersih periuk belanga jika majlis di adakan di kampung.

2. Keperluan mengadakan budget video juga turut mencabar bagi pasangan pengantin. Selalunya mereka terlepas pandang bahawa, peruntukan untuk pelamin, andaman, pakaian, upah masak, makanan, sewa khemah, kompang dll. adalah bersifat sementara sahaja. Semua ini akan habis dalam masa sehari sahaja. Hanya dua media sahaja yang tinggal untuk mereka flashback kembali iaitu Video & Foto.

3. Kebanyakkan pengantin tidak tahu bahawasanya, seperti foto, juruvideo saban hari turut mempertingkatkan kualiti penggambaran mereka. Mereka turut mempunyai konsep penggambaran yang berbagai bagai rupa. Teknik dan kreativiti mereka turut berubah mengikut kemajuan teknologi dibidang suntingan dan end-produk. Semua ini hanya boleh diselami melalui perbincangan perbincangan dengan juruvideo yang ada. Kebanyakkan juruvideo perkahwinan, tahu apa perlu / tidak dirakamkan pada hari pernikahan atau persandingan.

Terdapat perbezaan ketara diantara video yang dirakam oleh juruvideo perkahwinan dengan video yang dirakam oleh adik beradik atau saudara mara pengantin. Perbezaan ini hanya boleh dijelaskan secara terperinci kepada pengantin seandainya mereka sudi menjemput juruvideo berkaitan berbincang terlebih dahulu untuk mengetahuinya lebih mendalam.

Disamping itu, perkakasan dan mesin suntingan yang selalunya dipunyai oleh juruvideo perkahwinan juga mempunyai beza yang besar.

4. Perkongsian video di era digital ini juga menjadi lebih mudah. Dengan hasil video yang difinalised dalam bentuk DVD, pengantin dengan mudah boleh membawanya ke mana mana untuk tontonan semula, baik di rumah sahabat handai, saudara mara bahkan ke mana sahaja. DVD perkahwinan selalunya turut dimuatkan dengan label dan kotak yang cantik lagi kemas untuk simpanan sepanjang hayat.

Jelaslah di sini bahawa, sepatutnya pasangan pengantin perlulah menyediakan peruntukan khusus untuk Video dan foto mereka lebih dari keperluan lain. Sebagai satu contoh, bayangkan pakaian yang disewa dari butik pengantin hanya dapat diperagakan sehari sahaja walaupun esklusif. Jika tidak dengan rakaman video/foto, kecantikan peragaan ini akan luput begitu sahaja, sebaik sahaja tetamu pulang dari majlis mereka.

Kebanyakkan pengantin hanya sedar keperluan Video hanya selepas beberapa bulan majlis mereka berakhir. Ada juga yang berasa kesal selepas berkesempatan melihat video / DVD kawan2 lain yang telah kahwin (yang sempat menempah juruvideo mereka). Namun kesedaran mereka ketika ini selalunya sudah terlambat.

Source : www.videoperkahwinan.com

No comments: